Sedikit Tentang Perjalanan Da’wah Al Habib Abdul Qodir Bin Ahmad Asseqaf, Jeddah

Setelah menyimak Manaqib Al Habib Abdul Qodir bin Ahmad Asseqaf di sini al faqir akan menuliskan sedikit tentang perjalanan dakwah beliau. Yang mana itu semua telah membawa manfaat yang besar bagi Ummat Islam. Sebagai seorang Da’i perjuangan dakwah Habib Abdul Qadir bin Ahmad Asseqaf tidak sebatas di bumi kelahirannya saja Hadramaut, tetapi beliau juga memperluaskan medan dakwahnya sampai ke Singapura dan Indonesia. Setelah kewafatan ayahandanya beliau meneruskan usaha ayahandanya untuk menyebarkan ilmu dan dakwah. Namun ketika Yaman Selatan dikuasai oleh regim komunis, maka jalan dakwah berbalik menjadi sukar. Para ‘alim-ulama tidak lagi bebas untuk berdakwah. Dan mereka dijadikan sasaran kekejaman regim komunis. Pada bulan Rabi’ats-Tsani tahun 1393 H, beliau bisa ke Aden dan tinggal di sana selama 1 bulan. Dan setelah itu beliau dapat keluar dari tanah airnya yang dikuasai komunis untuk ke Singapura.

Pada bulan Jumadilawwal 1393 H, beliau ke Indonesia. Indonesia sering dikunjungi oleh beliau, pada masa Alhabib Shaleh bin Muhsin Al hamid (Tanggul, Jember) Rahimahullah, Al habib Alwi bin Ali Al Habsyi rahimahullah (ayah Almarhum Alhabib Anis Solo), Al habib Umar bin hud Alattas rahimahullah, dan masa para habaib sepuh di Indonesia, beliau selalu berkunjung ke Indonesia. Dari Indonesia, beliau menuju bumi Hijaz dan menetap di sana. Dimana beliau berada, tujuannya adalah untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu. Lalu beliau meneruskan perjalanan dakwahnya ke Lubnan, Syria, Mesir, Nairobi, Kenya, Juzur al- Qamar (Comoros) dan Tanzania. Kemudian kembali ke Kenya. Pada bulan Ramadhan 1394 H kembali ke bumi Hijaz dan menetap di sana. Di Hijaz, beliau menjadi pengasuh majlis-majlis ta ’lim di Mekah, Madinah dan Jeddah.

Kedalaman dan keluasan ilmunya, kewarakannya, kebijaksaannya dalam menyampaikan ilmu dan dakwah menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Sehingga beliau mudah di terima oleh setiap kalangan. Kelembutan hatinya membuat para pecintanya sejuk bila di dekatnya. Pendek cerita, beliau mewarisi sifat-sifat datuknya yang mulia, Sayyiduna Rasulullah Shallahu ‘Alaihi Wa Sallam.

Dalam usia yang sudah hendak mencapai seabad, beliau menghabiskan masanya di Jeddah dan masih menerima ziarahnya para pecintanya. Dan pada usia 100 tahun beliau berpulang ke Rahmatullah sebelum Fajar hari Ahad, 19 Rabi ’al-Akhir 1431H bersamaan 4 April 2010 di Jeddah.

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada ’ dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Amien.

Sumber, http://pondokhabib.wordpress.com
http://majelisrasulullah.org

Pos ini dipublikasikan di Habaib. Tandai permalink.

2 Balasan ke Sedikit Tentang Perjalanan Da’wah Al Habib Abdul Qodir Bin Ahmad Asseqaf, Jeddah

  1. ibnu hasyim berkata:

    sebarkan luaskan terus biografi2nya habib Abdul Qodir Assegaf Jeddah,,,sebgaimana beliau menyebarkan terus menerus nilai2 ajaran islam ahlussunah wal jamaah.

    • arroudloh berkata:

      Terima kasih akhi.. Semoga Allah mengampuni Al Habib, merahmatinya , memaafkan semua kesalahannya, melipatganda
      kan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, siddiqin, syuhada ’
      dan sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin Amien.

      Terima kasih atas kunjungannya…

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s